
Produksi Filem Sabah : Menggapai Kegemilangan Lampau
Industri filem di Sabah suatu ketika dahulu pernah memberikan impak besar kepada industri filem di Malaysia. Kesuraman perkembangan filem tempatan selepas era filem Melayu di Singapura yang gagal bersaing dengan filem – filem komersil Indonesia dan Hong Kong pada 70an dan awal 80an membuka ruang kepada kebangkitan filem kontemporari di Sabah yang mencipta polemik baru dalam industri filem tempatan. Pada ketika ini, syarikat seperti Sabah Film Production telah berjaya menerbitkan filem – filem komersil yang membawa penonton kembali ke pawagam dan menyokong filem tempatan. Namun selepas itu, apabila industri pawagam terkesan dengan kebanjiran cetak rompak, berlaku penutupan secara besar – besaran yang telah merencatkan perkembangan itu.
Kini, setelah beberapa dekad berlalu, industri tempatan kembali merancakkan industri pawagam di Malaysia. Sejarah yang merekodkan filem MAT KILAU : KEBANGKITAN PAHLAWAN yang menjadi filem tertinggi kutipan di Malaysia dengan kutipan RM 98 juta meninggalkan filem hollywood selain filem POLIS EVO 3 sehingga artikel ini ditulis yang berjaya mengutip RM 54 juta menjadikan filem paling tinggi kutipan pada tahun 2023 menewaskan filem hebat barat seperti ANT MAN : QUANTOMANIA, THE GUADIAN OF THE GALAXY, JOHN WICK, 3 FAST X, TRANSFORMERS dan lain-lain.
Namun dalam kerancakan filem-filem tempatan ini, di mana filem-filem Sabah yang pernah gemilang satu ketika dahulu. Berdasarkan semakan Laman FINAS, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, ada beberapa filem karya penerbit Sabah. Antaranya, The Rise Of Lion, Craze Below The Wind, Avakas, Tribesman : The Last Red Hunter dan yang terbaru KK Knockout. Namun, kutipan pawagam tidak begitu memberansangkan malah masih gagal menyaingi kutipan filem AZURA terbitan Sabah Filem Production pada tahun 1984 dengan kutipan RM 2 juta.
Di mana silapnya?
Sebenarnya perkarya Sabah memiliki bakat dan kreadibiliti yang hebat. Mereka mempunyai idea dan keupayaan yang mampu diterjemahkan dalam konteks yang komersil dan pengiktirafan antarabangsa. Namun, sokongan dari pihak-pihak yang berkaitan adalah sangat diperlukan. Ketika ini, agensi seperti FINAS berusaha untuk menyalurkan dana kepada semua pengkarya berkelayakan tetapi dalam konteks Sabah, ianya perlu lebih banyak suntikan sokongan dari pihak lain. Dengan semua kepakaran, teknikal, peralatan dan kaedah pemasaran berpusat di Semenajung Malaysia, ianya akan memberikan kesan kepada produktiviti dan kualiti karya di Sabah dengan mengambil-kira faktor kos, logistik dan masa.
Jadi inilah masanya untuk badan-badan dan agensi-agensi yang telibat harus membantu. Kerajaan Sabah harus melihat ini sebagai satu potensi yang besar yang mampu membawa nama negeri ini ke persada antarabangsa. Untuk menghasilkan semua filem yang mempunyai kualiti komersil memerlukan modal dalam RM 1.5 juta ke R.M 2.5 juta. Kos ini tidak termasuk kos pemasaran dan pengedaran. Agensi seperti FINAS telah memainkan peranan namun ianya harus disokong di peringkat negeri dan agensi kerajaan negeri. Ianya harus diperuntukkan dan diwartakan sebagai bantuan sokongan kepada industri filem Sabah.
Now or Later Means Never
