Kelab 4x4 Ekspedisi Ekstrem Tawau - Kemampuan Anak Tawau & Misi Aspirasi Serantau Melalui Dokumentari PANTAS

Written by
Rate this item
(3 votes)

Nampak mudah tapi sebenarnya bergelora. Itu lah adat dalam kelab dan persatuan. Dalam mana-mana bidang, samada hiburan, sukan, sosial, politik dan sebagainya, akan berdepan dengan ranjau dalam mempertahankan kesatuan dalam kelab dan persatuan ini. Kita sering mendengar cerita-cerita sensasi dan juga berita-berita negatif tentang ahli-ahli kelab dan persatuan yang akhirnya membawa kepada kejatuhan dan perpecahan kesatuan itu sendiri. Pendek kata, untuk menghidupkan sebuah kelab dan persatuan ibarat sekadar menabur benih di tanah yang subur, hanya menanti ianya terbit namun selepas kewujudannya, maka usaha memakmurkannya menjadi episod paling getir yang bakal dilalui ahlinya..

 Dalam melalui kesinambungan episod ini, ada dua perkara asas perlu kuat dan mantap. Yang pertama ialah struktur organisasi dan yang kedua ialah aspek kepimpinan individu dalam kelab dan persatuan tersebut. Struktur organisasi akan meliputi segala aspek dominan dalam kelab atau persatuan kerana aspek ini akan menentukan rangka organisasi kelab dan persatuan ini dalam mendokong aspirasi misi dan hala tuju organisasi ke destinasi yang didokong oleh ahli-ahlinya. Struktur organisasi adalah simbol kepada kekuatan dan prestij sesebuah kelab dan persatuan tersebut.

Dalam aspek kedua, struktur oraganisasi ini harus di sokong dengan kepimpinan individu dalam mengerakkan jantung organisasi ini. Samada ianya disedari atau tidak, kepimpinan individu dalam organisasi akan berperanan sebagai pelincir kepada struktur organisasi untuk kelab dan persatuan ini bergerak dengan lancar dan mampu terus bertahan untuk pencintanya.

Pada tulisan kali ini, penulis ingin menyentuh sebuah kelab yang mempunyai nilai aspirasi yang tidak terbatas dalam kelompok yang terhad pada misi dan visi nya, tetapi ianya sebuah kelab yang mampu membawa aspirasi nasional ke pentas antarabangsa. Lahir dari satu dominasi kemahiran dalam sukan pacuan 4 roda yang bermula dari Tawau, Pantai Timur Sabah, yang didokong oleh para anak tempatan Sabah, maka KELAB 4X4 EKSPEDISI EKSTREM TAWAU muncul dalam pentas sukan sosial pacuan 4 roda bukan sahaja di negeri Sabah tetapi juga Malaysia.

Sijil 0001

Kelab ini yang telah didaftarkan dibawah Akta Pembangunan Sukan 1997 dengan No. Pendaftaran 4909/2011 pada 12 Oktober 2011, telah dinaungi oleh ADUN N.56 APAS Tawau Sabah, Y.B Datuk Hj Tawfiq DSP Abu Bakar Titingan, Pembantu Menteri Kewangan Sabah ketika itu (ketika catatan ini dibuat Y.B Datuk Hj Tawfiq merupakan Menteri Belia Dan Sukan Sabah) dan secara konsensus melantik Saudara Jeffry Onn Hamzah sebagai presiden kelab yang pertama. Sejurus selepas pendaftarannya, pada tarikh 18hb Disember 2011 kelab telah mengadakan mesyuarat agungnya yang pertama. Seramai 30 ahli telah menghadiri mesyuarat agung tersebut yang mana agenda utama adalah melantik AJK Kelab bagi sesi 2012 - 2014 , perbincangan mengenai kalendar program kelab tahun 2012 dan perkara - perkara berbangkit yang lain.

Mesyuarat agung bermula pada jam 2.30 ptg telah berakhir pada pukul 4.00 ptg sebelum disusuli oleh acara jamuan dan sesi bergambar. Mesyuarat ini disempurnakan dengan kehadiran YB Datuk Hj Tawfiq DSP Hj Abu Bakar Titingan sebagai Penaung kelab disusuli dengan sesi bergambar bersama ahli - ahli kelab.

Sebagaimana setiap pertubuhan , kelab , persatuan atau mana -mana kumpulan berdaftar haruslah mempunyai logo masing - masing sebagai sebuah profil utama untuk jenama pertubuhan tersebut, bagi Kelab 4x4 Ekspedisi Ekstrem , Tawau lambang kelab telah di cipta dengan mengambil kira aspek matlamat penubuhan kelab , asal usul lokasi penubuhan kelab dan diterangkan dengan pemilihan warna yang tepat.

Logo Kelab

Logo Kelab 4x4 Ekspedisi Ekstrem Tawau, Sabah.

Dengan merujuk kepada profil logo di atas, warna pada tulisan yang menggunakan warna kuning (kecerahan masa depan kelab ) , coklat (lumpur ) , merah (lasak ) dan biru (keluasan aktiviti/perkembangan kelab ) merupakan intipati kepada hala tuju dan matlamat penubuhan kelab. Imej kereta adalah sinonim kepada kenderaan pacuan 4 roda manakala peta yang dihijaukan adalah peta Tawau lokasi kelab tercipta.

Bermula dari detik itu, kelab ini mula mengorak langkah dengan menjalankan aktiviti – aktiviti kenderaan pacuan 4 roda samada program lasak Off Road ataupun program bersifat travelog On Road. Dalam tempoh 6 bulan pertama penubuhannya, kelab ini telah mengadakan beberapa siri program yang bersifat ilmiah seperti program Kursus Pemantapan Penggunaan Radio Amatur dengan kerjasama bersama Kelab Radio Amatur Tawau atau singkatannya KRATA, Ekspidisi Bersama Keluarga dan ahli (Februari), XPDC Danum 2012 (Mac), Operasi Pemantaun 'Trek' Bagi Karnival Bermotor 2012 (April), Program Belia 1 Malaysia (Mei), 4x4 Penampang Open 2012 (Jun), Majlis Pelancaran Program Jelajah Borneo 2012 (September) dan Ekspedisi Serudong Laut-Mengaris (Oktober).

Model

Antara model - model hebat yang ada dalam kelab ini. Kelab ini bukan sahaja akan mempamerkan kenderaan untuk tujuan perjalanan dan aktiviti ekstrem sahaja tetapi juga akan menawarkan khidmat profesional dalam pengubahsuaikan kenderaan mengikut spesifikasi yang tertentu.

 

PRORAM JELAJAH BORNEO 2012 – DOKUMENTARI PACUAN 3 DIMENSI

Dengan aspirasi untuk membawa misi yang lebih besar yang melibatkan agenda perpaduan nasional ke pentas antarabangsa selain memartabatkan agenda pelancongan dan hubungan diplomasi antara negara-negara dalam kepulauan Borneo, Kelab 4x4 Ekspedisi Ektrem Tawau telah mengorak langkah baru dengan melewati kebiasaan amalan kelab-kelab tempatan yang bersifat domestik dengan menganjurkan program yang bertaraf lima bintang iaitu Program Jelajah Borneo 2012. Program yang julung kali diadakan ini direkod sebagai yang pertama dalam sejarah sebagai sebuah kelab yang akan mengelilingi pulau ketiga terbesar di dunia dengan melibatkan 3 buah negara iaitu Malaysia, Brunei dan Indonesia.

Program selama 21 hari ini dengan 20 buah kenderaan pacuan 4 roda beserta 65 peserta, telah bermula di Tawau pada 11hb November 2012 dan berakhir di tempat yang sama pada 1hb Disember 2012, telah melewati semua bandar-bandar utama di Sabah dan Sarawak selain, bandar negara lain seperti Bandar Seri Bagawan, Kota Pontianak, Palangkaraya, Banjar Masin, Balik Papan dan Samarinda. Lebih memberikan prestij, program ini disertai oleh Lagenda Perfileman Melayu, Allahyarham Seniman Dato’ Mustapha Maarof dan Mantan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Y.Bhg Datuk Bahrom DSP Abu Bakar Titingan.

Misi yang pada mulanya dianggap sukar dan mustahil bagi kelab yang baru setahun jagung ini, telah berjaya dilaksanakan dengan cemerlang. Dan sekali lagi dalam kecemerlangan sejarah di mana program ini menjadi program kelab pertama dari Sabah mendapat pengiktirafan oleh rangkaian TV nasional negara RTM dengan liputan rakaman dokumentari sebanyak 13 Episod selama setengah jam untuk setiap episod untuk tayangan perdana TVi dan RTM 2. Program dokumentari ini yang bertajuk PACUAN 3 DIMENSI telah ditayangkan bermula 2013 hingga ke hari ini di setiap saluran TVi, TV2 dan TV1 dengan rating penonton yang sangat memberansangkan.

BorneoDokumentari Pacuan 3 Dimensi yang dirakamkan sepanjang program Jelajah Borneo 2012 masih lagi ditayangkan hingga kini. Segmen sebanyak 13 Episod ini membawa kita meneroka ke seluruh bandar utama kepulauan Borneo di Malaysia, Brunei dan Indonesia. Program ini masih mendapat sambutan dan pada tahun ini masih ditayangkan pada waktu utama di RTM 1. Scene di atas adalah salah satu episod dalam dokumentari Pacuan 3 Dimensi yang ditayangkan di rangkaian RTM 2 pada 1hb Oktober 2016.

MODEL KELAB SUKAN ERA MODEN

Sejurus selepas menamatkan program Jelajah Borneo 2012 dan program Pacuan 3 Dimensi mula ditayangkan di kaca TV untuk tayangan umum bermula Ogos 2013, Kelab 4x4 Eksterm Tawau menjadi suatu jenama kelab yang semakin matang dan dicemburui. Bermula dari detik itu, minat masyarakat terhadap kelab sukan sains sosial yang bertemakan pacuan 4 roda semakin berkembang dan banyak diperkatakan. Maka wujudlah beberapa kelab dengan tema yang sama dan menjadikan Kelab 4x4 Eksterm Tawau sebagai model kepada perkembangan ini.

Namun bagi Kelab 4x4 Ekspedisi Ekstrem Tawau, kewujudan kelab-kelab baru ni bukanlah satu ancaman tetapi ianya dilihat sebagai perkembangan positif kepada sukan sosial ini malah pihak kelab berharap agar perkembangan ini dapat berterusan dan tidak sekadar dalam tempoh tertentu. Pihak kelab 4x4 Ekstrem berharap dengan kewujudan kelab-kelab lain maka banyak aktiviti kerjasama dapat dijalankan untuk pembangunan sukan sosial ini.

Seperti yang disebut tadi, walaupun wujud beberapa kelab baru dalam tema yang sama, Kelab 4x4 Ekspedisi Ekstrem Tawau tidak tergugat dalam menjalankan aktivitinya dan terus memimpin kelab-kelab yang lain dengan pelbagai program kemasyarakatan. Selepas program Mega Jelajah Borneo 2012, Kelab 4x4 Ekspedisi Ekstrem Tawau banyak menumpukan kepada program-program domestik dengan tumpuan ke seluruh negeri Sabah. Namun, kelab ini yang sinonim dengan keinginan dan dahagakan kecemerlangan, setelah beberapa tahun menumpukan kepada program domestik, ianya kembali dengan tema antarabangsa pada tahun 2016.

 

PACUAN TANPA SEMPADAN (PANTAS v1) – JELAJAH MALAYSIA, (SINGAPURA), THAILAND 2016

Masa kian berlalu, kelab menjadi semakin matang. Keahlian bertambah baik dengan hampir kesemuanya dibarisi oleh golongan profesional dalam bidang ini. Kali ni, kelab bukan sahaja dibarisi oleh orang-orang persendirian dari pelbagai suku kaum, malah datangnya dari kakitangan kerajaan, pegawai kanan PDRM dan lain-lain. Selain itu, keahlian sudah berkembang bukan sahaja terkongkong sepenuhnya kepada anak-anak jati Sabah malah juga diwakili oleh rakan-rakan serta sahabat-sahabat dari Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Ini menjadikan Kelab 4x4 Ekstrem Tawau lebih bersifat 1Malaysia.

Dengan transformasi informasi yang sangat pesat dikalangan para ahlinya, tatkala kelab-kelab lain masih lagi berada pada landasan bumi yang sama, Kelab 4x4 Ekspedisi Ekstrem Tawau sudah melihat kecemerlangan pada kanta yang lebih besar. Bumi Borneo walaupun kekal bumi yang dipijak tetapi permainan kali ini lebih menjurus kepada tanah lebih jauh. Bumi Borneo seolah-olah sudah akur dengan kecemerlangan kelab ini lantas mula menunjukkan jalan bahawa ada tanah lain yang masih belum diterokai oleh kelab ini. Maka dengan itu, sinambungan dari Jelajah Borneo 2012, legasi kecermelangan ini dilanjutkan dengan sebuah program jelajah travelog yang dipanggil sebagai PACUAN TANPA SEMPADAN (PANTAS) : JELAJAH MALAYSIA, (SINGAPURA), THAILAND 2016.

PANTAS sebuah program jelajah travelog yang membawa kelab keluar dari bumi Borneo dan membawa misi menawan ASEAN melalui penjelajahan pacuan 4 roda. Dengan program PANTAS ini, misi menjadi lebih besar dan bersifat universal. Program kali akan dibuat secara berperingkat dengan misi terakhirnya ialah menawan ke semua negara utama ASEAN. Agenda program ini selain dari memartabatkan sukan sosial pacuan 4 roda di kalangan masyarakat dalam negara, ianya juga membawa agenda perpaduan, semangat sukan sosial, hubungan antarabangsa dan pelancongan. Secara tidak langsung, kelab 4x4 Ekspedisi Ekstrem Tawau ini akan menjadi duta negara merentasi negara melalui aktiviti sukan pacuan 4 roda.

Dengan kejayaan pada program yang pertama untuk pembikinan dokumentari 13 episod Pacuan 3 Dimensi, program Jelajah Malaysia, Singapura, Thailand 2016 ini juga bakal di dokumentarikan untuk tayangan RTM 1 dan RTM 2. Cuma kali ini cabaran nya agak berbeza kerana buat pertama kali program ini merentasi sempadan laut yang menjadi pemisah dua tanah yang bersejarah. Penggambaran akan di ambil berdasarkan kepada beberapa segmen yang padat dengan pengisian dan ilmu yang jarang diterjah oleh masyarakat. Travelog ini akan membuatkan kita merasakan indahnya alam ini dan bagaimana perjalanan kali ini dapat meresapi budaya yang sebenarnya indah jika disatukan dengan minat dan pengetahuan terhadap persekitaran yang kaya dengan rahsia alam.

Berbalik kepada perjalanan, dengan mengekalkan konsep yang asal, PANTAS akan bermula dari Tawau ke Kota Kinabalu, dilancarkan oleh Timbalan Menteri Pendididkan Tinggi 1 yang juga merupakan Ahli Parlimen Tawau, Y.B Datuk Mary Yap Kian Ching di perkarangan Majlis Perbandaran Tawau (MPT) pada 10hb Oktober 2016, seterusnya akan merentasi Laut China Selatan menggunakan kapal untuk memulakan destinasi Semenanjung Malaysia dari Kuala Lumpur. Setelah lebih 25 hari merentasi lautan, kesemua kenderaan tiba di Pelabuhan Klang pada 16hb November 2016. Kemudian kesemua kenderaan di bawa berpengkalan di Empire Damansara Perdana sebelum bergerak ke Empire Shopping Gallery Subang Jaya untuk dilepaskan oleh Menteri Belia Dan Sukan Sabah, YB Datuk Hj Tawfiq DSP Abu Bakar Titingan pada 26hb November 2016. Maka bermula lah PANTAS : Pacuan Tanpa Sempadan 2016.

Perjalanan yang merentasi Semenanjung Malaysia, Singapura dan Selatan Thailand (Krabi) ini telah berjaya menamatkan perjalanan pada 9hb Disember 2016 di Dataran Merdeka pada pukul 6.50 pg sebelum berlepas balik ke Kota Kinabalu pada hari berikutnya.

Sekali lagi, setiap kejayaan pasti akan ada cabaran. Kejayaan Kelab 4x4 Tawau Ekspedisi Ekstrem dalam menjelajah ke serantau tanah seberang bukan sekadar untuk menunjukkan kepada masyarakat bahawa kelab dari Pantai Timur Sabah ini mampu untuk mengadakan program untuk bersiar-siar semata-mata tetapi lebih kepada agenda profesional di mana jika suatu perkara itu dilakukan dengan hasrat dan tujuan yang betul, segala yang dicitakan akan mampu digapai. Sebagai seorang yang bukan ahli dalam kelab tetapi terlibat dalam beberapa siri program kelab ini, aku melihat kelab ini mampu untuk pergi lebih jauh kerana aspek kemahiran dalam bidang ini digarap dengan baik selain kepimpinan dari setiap individu dalam kelab dipamer dan dipraktik dengan sempurna dengan tujuan yang jelas. Kelab ini amat bergantung kepada semangat berpasukan di antara mereka tanpa mana-mana bintang individu, setiap permasalahan yang timbul dan kewujudan tunas politik pantas dicantas dan impian untuk cemerlang dijadikan asas untuk maju ke hadapan.

Sehingga artikel ini ditulis, dokumentari PANTAS v1 : PACUAN TANPA SEMPADAN 2016 sudah berada pada proses edit yang terakhir di RTM dan Insya’Allah akan siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2017. Oleh itu, sementara kita menanti dokumentari PANTAS 13 Episod di kaca TV anda, penulis mengambil kesempatan untuk berkongsi dari lensa penerbit beberapa segmen perjalanan PANTAS : PACUAN TANPA SEMPADAN – JELAJAH MALAYSIA, (SINGAPURA), THAILAND 2016 khusus untuk edisi khas catatan ini.

 

PANTAS : DARI LENSA PENERBIT - EXPERSYS TEHNOLOGIES SDN BHD

CameraRollN

PANTAS v1 : JELAJAH MALAYSIA- (SINGAPURA) - THAILAND dipimpin oleh kenderaan American Jeep yang direka khas dengan penambah-baikan yang khusus bagi memperkenalkan kepada para pencinta kenderaan Pacuan 4 Roda tentang kemahiran dan pengetahuan mengenai kapasiti serta reka bentuk kenderaan.

Dokumen

 Sebagai duta yang secara tidak langsung membawa nama negara merentasi sempadan negara lain, perancangan dan aturan yang betul harus dilaksanakan di peringkat awal agar imej yang di bawa ketika program berlangsung dapat mencerminkan agenda dan misi yang disasarkan. Semua perincian harus di dokumentasikan untuk pembentangan dan rujukan dalam menjayakan program.

Key

15 kenderaan dari Sabah yang menyertai program (tidak termasuk 5 kenderaan dari pasukan di Semenanjung Malaysia) telah didaftarkan untuk pelepasan dan makluman pihak berkuasa yang berkaitan. Kesemua kenderaan ini telah di siap sedia dari awal sebelum memulakan perjalanan ke Semenajung Malaysia termasuk persiapan teknikal untuk berhadapan selama lebih kurang 16 hari perjalanan.

PHTeam

Dalam apa juga bentuk program, penyusunan dan perbincangan awal dengan pihak negara luar adalah amat penting. Beberapa bulan sebelum memulakan program, pihak kelab yang diketuai oleh Saudara Presiden, Jeffry Onn Hamzah, Ketua Bahagian Protokol, Saudara Mohd. Yusof Ishak dan Bendahari Kelab, Tuan Hj Habibon dengan bersama oleh Jawatankuasa Penerbitan RTM yang diketuai oleh Penerbit Program PANTAS Saudara Danson Foo, Pengarah Dokumentari Saudara Husry telah mengadakan perbincangan dengan urusetia penganjur dari Majlis Perbandaran Betong, Thailand mengenai perincian perjalanan dan tatacara rasmi untuk memasuki negara Thailand melalui sempadan. Beberapa kriteria telah diambil kira untuk kelab membuat proposal dan hasil perbincangan, Saudara Presiden bersama jawatankuasa kelab bersetuju untuk membuat perubahan perjalanan untuk memasuki sempadan Thailand dari Padang Besar (Perlis) - Danok ke Pengkalan Hulu (Perak) - Betong.

PH

Majoriti dari ahli dalam kelab tidak pernah menyedari ada satu pintu masuk ke sempadan Thailand melalui sempadan Betong, Thailand. Sempadan ini akan melalui pintu keluar Malaysia dari pekan Pengkalan Hulu dalam daerah Gerik, Perak Darul Ridzuan. Pekan yang damai dan tenang, amat sesuai untuk mencari ilham dan idea baru untuk naskhah yang segar.

Kingdom

 (Dari Kiri) Presiden Kelab Jeffry Onn Hamzah, Ketua Bahagian Protokol Mohd Yusoff Ishak dan Bendahari Kelab Tn. Hj. Habibon mengambil gambar berhadapan pejabat Imigresen Thailand di sempadan Pengkalan Hulu  - Betong selepas perbincangan dan mesyuarat bersama pegawai Imigresen Thailand.

Yusof

Aksi Ketua Bahagian Protokol dalam daerah Betong, Thailand - Sedang mengambil gambar dan mencatat maklumat sebagai persediaan laporan kelab di Tawau. Sepanjang lawatan ini, Jawatankuasa kelab membuat beberapa tinjauan lokasi seperti prospek tempat penginapan, tempat letak kereta, kedai makanan dan minuman, lokasi pelepasan dan lain-lain.

Taklimat AKPK

Seperti yang disebut awal tadi, program Kelab 4x4 Ekspedisi Ekstrem Tawau tidak hanya berkisar mengenai aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan kenderaan semata-mata. Walaupun program kenderaan Pacuan 4 Roda merupakan asas utama kepada program kelab namun program kemasyarakatan juga tidak diabaikan. Pada program kali ini, walaupun dengan tema travelog, pihak kelab amat berbesar hati untuk membawa bersama Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK), sebuah agensi dibawah Bank Negara Malaysia untuk bersama-sama dengan kelab dalam memberikan penerangan mengenai program pengurusan kewangan yang betul bersama masyarakat. Melalui kerjasama ini, kelab akan menjadi saluran kepada AKPK untuk memberikan maklumat mengenai pengurusan kewangan dan penyelesaian kewangan yang sah di sisi undang-undang.

MalamMPT

Sehari sebelum majlis pelancaran di hadapan Majlis Perbandaran Tawau, Sabah, kesemua kenderaan yang terlibat dengan program sedang membuat raptai dan persiapan yang terakhir sebelum dilepaskan secara rasminya esok. Beberapa aktiviti telah dijalankan pada malam ini termasuk 4x4 Car Drift oleh para profesional kelab untuk tujuan rakaman dokumentari.

Danson

 All is in order - Penerbit Dokumentari PANTAS - Pacuan Tanpa Sempadan berpuas hati dengan persediaan program. Kelihatan krew penggambaran sedang mengambil gambar untuk tujuan rakaman footage sebelum semua kenderaan dilepaskan secara rasminya.

SesiBergambar

Sesi bergambar bersama para peserta, Pengurusan Kanan Majlis Perbandaran Tawau, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AKPK Malaysia serta para jemputan selepas majlis pelancaran. Ketika ini konvoi sedang menantikan kehadiran Timbalan Menteri Pendidikan 1, Datuk Mary Yap Kian Ching untuk Majlis Pelepasan Konvoi.

Klang

Sebahagian kenderaan yang diletakkan sementara di Pelabuhan Kelang sebelum dipindahkan ke Empire Damansara untuk pameran dan rakaman.  Kesemua 15 kenderaan dari Tawau, Sabah ini telah menaiki kapal yang diurus khas untuk membawa kenderaan dari Pelabuhan Kota Kinabalu ke Pelabuhan Klang.

Damansara

Empire Damansara Perdana menantimu - Kenderaan akan diletakkan di Empire Damasara Perdana selama seminggu dalam lokasi yang khas untuk tujuan pameran selain membuat persiapan dan pemeriksaan terakhir setelah beberapa hari berada di atas lautan sepanjang pelayaran dari Sabah.

LineUp

Kenderaan di pantau setiap malam di bawah penjagaan khas pihak bangunan. Walapun kenderaan-kenderaan ini tidak dikategorikan sebagai kenderaan mewah namun selepas diubah-suai dengan beberapa peralatan tambahan terutama di bahagian enjin dan badan kenderaan, ini menyebabkan kenderaan perlu sentiasa dipantau untuk tujuan keselamatan.

Team

 Antara pakar-pakar teknikal yang didatangkan awal oleh pihak kelab beberapa hari sebelum pelepasan di Subang Jaya untuk pemeriksaan teknikal dan persediaan terakhir sebelum digerakkan ke lokasi utama di Empire Subang Gallery (ESG) Subang Jaya bagi acara pelepasan di Semenanjung Malaysia.

Breakdown

Untuk tujuan latihan dan rakaman dokumentari, krew dan bahagian teknikal sempat membuat latihan untuk menghidupkan kenderaan dan mengatasi masalah teknikal dalam keadaan yang tertentu. Sesi ini dikendalikan oleh para profesional yang berpengalaman dalam bidang teknikal kenderaan agar matlamat latihan dapat dicapai.

Production

Barisan krew yang amat kreatif dan hebat. Tidak pernah mengira penat dan lelah, sentiasa berusaha untuk mendapat footage yang terbaik untuk rakaman. Bekerja tanpa mengira waktu dan turut terlibat dalam membantu konvoi dalam banyak keadaan mencabar.

CameraRoll

Dalam setiap destinasi yang ditujui mesti ada sesi temuramah secara spontan untuk mendapatkan maklumat dan komen mengenai program. Ketika ini krew sedang mengambil maklumat dari salah seorang pengurusan kanan dari Mammoth Empire Group yang juga salah satu penaja dalam program ini.

ESG

Setelah seminggu berpengkalan di Damansara Perdana, konvoi bergerak dan berkumpul di Empire Shopping Gallery (ESG) Subang Jaya untuk sesi pelancaran dan pelepasan oleh YB Menteri Belia Dan Sukan Sabah. Ketika ini konvoi mendapat kawasan letak kereta khas di perkarangan ESG untuk pameran dan sesi awam. 

Tol

Selepas menawan Borneo, buat pertama kali ahli kelab 4x4 Ekspidisi Ekstrem Tawau Sabah turun beraksi di luar tanah Borneo untuk meneruskan perjalanan konvoi. Singgah sebentar di pertengahan perjananan menuju ke Subang Jaya dari Damansara Perdana.

Perasmian

Majlis bersejarah Malam Pelancaran Dokumentari PANTAS : PACUAN TANPA SEMPADAN di Kafe Empire Hotel Subang Jaya. Ketika ini, Y.bhg Datuk Bahroom DSP Abu Bakar Titingan yang mewakili perasmi sedang membacakan ucapan Y.B Datuk Hj Tawfiq DSP Abu Bakar Titingan, Menteri Belia Dan Sukan Sabah pada malam tersebut.

Mak

Antara yang hadir pada majlis perasmian PANTAS : PACUAN TANPA SEMPADAN di Cafe Empire, Subang Jaya. Tanpa mengira usia dan bangsa, sokongan yang diberikan oleh insan-insan tersayang adalah penyumbang utama bagi kejayaan program ini walaupun mungkin ada sebahagian insan yang tersayang ini tidak dapat meneruskan sokongan pada sesi PANTAS yang seterusnya namun sokongan yang diberikan itu kekal bersemangat untuk selamanya.

Core

Y.B Datuk Hj. Tawfiq bergambar dengan beberapa core team dalam kelab termasuk Mantan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Y.bhg Datuk Bahrom DSP Abu Bakar Titingan dan Ketua Pegawai Eksekutif, MacGuffin Theatre Sdn Bhd (Empire) sejurus selepas pelancaran.  Sememangnya sokongan dari semua pihak yang terlibat adalah kunci utama untuk kejayaan kelab ini dalam setiap program yang dilaksanakannya.

Riben

YB Datuk Hj. Tawfiq DSP Abu Bakar Titingan berbesar hati memotong riben pelancaran bersama Ketua Pegawai Eksekutif, En. Varghese Mathews yang mewakili Mammoth Empire Holding Sdn Bhd sebagai tanda bahawa program Jelajah Malaysia (Singapura) Thailand 2016 di lepaskan di Semenanjung Malaysia. Program yang dihadiri oleh lebih kurang 1000 orang termasuk peserta, wakil media, kakitangan MEH dan orang awam memberikan satu tanda satu lagi program gemilang akan berlangsung.

Backdrop

Para peserta mengambil gambar bersama sebelum berlepas untuk destinasi pertama ke Putrajaya. Dengan penuh harapan yang tinggi dan membawa agenda nasional, menjadi satu lagi mercu tanda kecemerlangan sebuah kelab dari Sabah yang bakal mengelilingi Semenanjung Malaysia, Singapura dan Selatan Thailand.

Int

Temuramah khas bersama YB Datuk Hj Tawfiq selepas majlis pelepasan dan antara lain beliau menyebut " ....... kita amat berbangga memiliki sebuah kelab yang amat komited dan mampu untuk membuat program seperti ini bukan sahaja akan mengharumkan nama negeri sabah tetapi juga Malaysia. Kelab ini adalah satu-satunya kelab dari Sabah yang telah membuktikan kejayaan dengan mengelilingi Kepulauan Borneo pada tahun 2012 dan kini mereka sedang dalam satu lagi misi bersejarah mengelilingi Semenanjung Malaysia, Singapura dan Thailand ......"

PutBergambar di hadapan ruang masuk Perdana Putra, Pejabat Rasmi YAB Perdana Menteri Malaysia di Putrajaya. Ini adalah merupakan antara detik paling gemilang dengan kejayaan membawa konvoi kelab melewati pusat pentadbiran negara yang terkenal di mata dunia ini.

mel

Konvoi tiba di bumi Hang Tuah yang kini tidak ber Sultan tapi kekal berdaulat - Melaka. Konvoi di sambut oleh ahli lembaga kerajaan negeri dan dijamu makan tengahari ala melayu melaka. Sedap ke tak itu perkara kedua yang penting konvoi gembira dan Alhamdullillah ...... kenyang.

linejb

Perjalanan ke Selatan Semenanjung Malaysia diteruskan dari Melaka hingga ke Johor Bharu. Konvoi tadi meneruskan perjalanan dengan penuh disiplin dan akan bermalam di Johor sebelum memasuki Negara Singapura pada keesokan harinya. Dalam gambar kelihatan konvoi sedang merehatkan kenderaan setelah melalui suatu perjalan yang agak panjang.

letpos

Pengurus Produksi dengan Saudara Deen yang merupakan antara peserta konvoi paling ceria sedang mengambil pose menarik di perkarangan Dataran Bandaraya Johor Bharu. Ternyata program di JB ini berjaya menarik perhatian dari masyarakat setempat yang agak kagum dengan kehadiran satu konvoi dari Sabah yang julung kali dapat diadakan.

JetSing

Satu lagi hari bersejarah apabila konvoi mula menyeberang sempadan melalui tambak johor untuk memasuki Kota Singapura melalui Woodland. Ketika ini konvoi sedang menunggu giliran untuk pemeriksaan imigresen bagi kedua-dua negara. Konvoi amat bernasib baik memiliki ahli-ahli dari kalangan kakitangan PDRM yang banyak membantu melicinkan proses masuk ke Singapura melalui segala proses yang betul dan sah. Ini menjadikan lawatan ini secara sebagai konvoi rasmi dari Malaysia.  

Lion

Antara lokasi yang paling utama dan harus dilawati bila berada di Kota Singapura ini ialah Esplanade Singapore. Kalau Malaysia amat terkenal Harimau nya maka Singapura pula terkenal dengan Singa nya. Esplanade sememangnya destinasi pelancong yang paling popular di Singapura. Kelihatan Saudara Protokol sedang berposing dengan berlatar-belakangkan simbol Singa MerLion Singapura.

pro

Sebelum berlepas dari JB destinasi berikutnya, menjadi tugas bahagian protokol untuk memberikan penerangan tentang arah destinasi dan jarak masa perjalanan. Konvoi akan diberikan makluman mengenai sebarang perubahan dan juga altenatif pada setiap pergerakan. Ini untuk memastikan agar perjalanan akan mengikut tempoh yang asal dan semua perancangan yang dibuat sepanjang perjalanan akan dilaksanakan. 

malau

SELAMAT DATANG KE MERSING 

Bila lalu di Mersing, secara tiba-tiba aku teringat kepada mentor ku dalam industri hiburan, Allahyarham Datuk Mustapha Maa'rof. Beliau lah yang bersama kelab ini ketika konvoi Jelajah Borneo 2012 dan memimpin dokumentari Pacuan 3 Dimensi. Mesti beliau akan turut serta dalam program ini jika masih bersama namun Allah SWT lebih menyayangi beliau. Dalam filem Sri Mersing lakonan Nordin Ahmad dan Mustapha Maarof, sering dikaitkan dengan tempat ini dan filem tersebut amat terkenal dengan pantun keramatnya. Al-fatihah untuk kedua Allahyarham.

Kajang Pak Malau Kajang Berlipat,

Kajang Saya Mengkuang Layu,

Dagang Pak Malau Dagang Bertempat,

Dagang Saya Musafir Lalu. 

 

SEPINTAS LALU - IMBAS KEMBALI

mus1

mus

Sekadar perkongsian dan mengimbau nostalgia lama, mungkin ramai tidak menyedari bahawa seniman perfileman melayu negara pada era kegemilangan perfileman melayu Singapura, Allahyarham Datuk Mustapha Maarof adalah merupakan pencinta sukan dan kenderaan pacuan 4 roda dan juga merupakan ahli kehormat Kelab 4x4 Ekstrem Tawau, Sabah. Penglibatan Allahyarham merupakan detik penting yang membawa kelab ini ke industri dokumentari dalam program Jelajah Borneo 2012. Gambar ini ambil pada 24hb Mei 2013 bertempat di Empire Hotel, Subang Jaya pada sesi penilaian dokumentari Pacuan 3 Dimensi di mana dengan rasminya tokoh seniman perfileman ini menjadi ahli kehormat kelab dengan nombor keahlian 111 yang disampaikan oleh Penaung Kelab yang juga Menteri Belia Dan Sukan Sabah, Y.B Datuk Hj. Tawfiq DSP Hj. Abu Bakar Titingan dan disaksikan oleh Presiden dan Penasihat Kelab.

sej

Bagi bagi Penaung Kelab, para penasihat kelab, Presiden, Ahli Jawatankuasa serta seluruh ahli Kelab 4x4 Ekstrem Tawau Sabah, kami mendoakan roh kedua Allahyarham yang telah menyokong kelab hingga ke akhir hayat, akan dicucuri rahmat, diberikan keberkatan dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amin

 

brok

Berbalik kepada Konvoi PANTAS yang berada dalam perjalanan ke Kuantan, memang dalam keadaan tertentu kenderaan akan mengalami kemungkinan - kemungkinan yang boleh menjejaskan program terutama dalam aspek teknikal. Semasa perjalanan, sebuah kenderaan mengalami kerosakan roda dan perlu diperbaiki. Ini sudah menjadi resam dalam perjalanan jauh seperti ini namun yang penting ialah persediaan dalam menghadapi kemungkinan tersebut.

come

Dan ini adalah satu tanggungjawab sosial yang dijalankan oleh ahli konvoi di mana dalam perjalanan melewati Mersing, sebuah kenderaan Mitsubishi mengalami kemalangan kecil. Tanpa berlengah ahli kelab turun membantu walaupun pada masa itu berlaku kekangan masa untuk sampai ke destinasi. Kenderaan yang dipandu oleh pasangan berbangsa cina ini amat rasa bertuah disebalik masalah yang dihadapinya kerana kenderaannya diletakkan pada lokasi yang betul hasil kerjasa berpasukan ahli-ahli kelab. Sebelum bertolal, pasangan pemilik kenderaan ini mengucapkan jutaan terima kasih dan ucapan selamat maju jaya kepada Kelab 4x4 Ekstrem Tawau, Sabah.

 

skil

Antara vehicle specialist yang membantu dan sedang menunjukkan kemahirannya menstabilkan jentera agar kenderaan yang ditarik dapat melalui posisi yang betul tanpa menyebabkan kedua kenderaan rosak. Ini memerlukan kemahiran dan pengalaman dan sememangnya kelab ini memiliki pakar-pakar kenderaan yang mampu mengendalikan kenderaan dalam apa jua keadaan.

 

shoot

 Ready to roll. Pasukan produksi sedang bersedia untuk rakaman perjalanan dari Johor Darul Taqzim ke Pahang Darul Makmur

kuantanr

 Pemandangan yang sempat dirakam. Perjalanan yang dikendalikan dengan penuh disiplin dan tatacara perjalanan.

kuantan

 Senja di Kuantan, Pahang. Konvoi disambut dengan suasana senja yang aman di Sungai Kuantan. Suasana yang indah dan menakjubkan.

check

Dalam kelapangan masa dan rehat di Kuantan yang disediakan oleh penganjur, para peserta konvoi mengambil kesempatan untuk memeriksa kenderaan agar sentiasa dalam keadaan baik dan mengambil peluang untuk buat persediaan terhadap sebarang kemungkinan yang berlaku dalam perjalanan yang seterusnya. 

ready

 Dalam suasana santai untuk persediaan untuk bergerak dan berlepas dari Kuantan ke destinasi selanjutnya, Terengganu Darul Iman. 

depan

 "..... dari bahagian protokol, keadaan jalan adalah baik. Kita sedang melalui jalan-jalan kampung jadi tolong hadkan kelajuan pada 50-60 km sejam ...." Antara kata-kata bahagian protokol melalui walkie-talkie yang memimpin perjalanan sepanjang ke Kuala Terengganu.

 

treakau

Sama juga seperti negeri Sabah, negeri Terengganu amat terkenal dengan keindahan pantainya. Negeri yang sinonim dengan penyu ini, memiliki beberapa tarikan menarik yang melibatkan pulau dan pantai. Jadi untuk memenuhi kelapangan ini maka konvoi sempat singgah di Pantai Batu Burok Kuala Terengganu yang memang terkenal bagi masyarakat tempatan.

bant

 Sekali imbas macam signboard di simpang empat depan bangunan Takada di Tawau teampat asal ususl kelab. Rupa-rupanya billboard ini berada di Kuala Terengganu. Bak kata orang sama tapi tidak serupa.

tanah

Dalam misi singkat untuk sekadar lalu di Bandar Kuala Terengganu, konvoi meneruskan perjalanan untuk masuk ke sebuah lagi negeri yang hebat dan kaya dengan budaya nya ...... Kelantan Darul Naim. Tapi untuk Kelantan, tidak seperti negeri-negeri lain kerana konvoi tidak menjenguk Bandar Kota Baharu tetapi singgah di sebuah bandar lain dalam jajahan negeri Kelantan iaitu Tanah Merah. 

mer2

mer

Begitu tersergam indah barisan kenderaan konvoi yang dibenarkan meletak kenderaan di perkarangan Majlis Daerah Tanah Merah Kelantan. Di daerah ini, konvoi akan bermalam selama satu malam dan beberapa program telah diaturkan oleh salah satu kelab 4x4 yang berasal dari Tanah Merah iaitu Kelab 4x4 Tanah Merah Team Kelantan.

diki2

diki

Memang tidak perlu diperkatakan lagi bahawa Kelantan memang terkenal dengan seni persembahan Dikir Barat. Di Tanah Merah Kelantan, konvoi amat beruntung kerana disajikan dengan persembahan Dikir Barat oleh anak muda berbakat yang telah diaturkan oleh Kelab 4x4 Tanah Merah Team Kelantan. Pasukan Produksi Pantas sempat mengambil slot ini untuk tayangan khas yang dilalui sepanjang program ini berlangsung.

had

Selepas selesai acara, pihak Kelab 4x4 Tanah Merah Team Kelantan dan Kelab 4x4 Ekstrem Tawau Sabah berbesar hati bertukar-tukar cenderama mata kenangan sebagai tanda persabahatan kelab yang terjalin sepanjang lawatan ini dan Presiden kelab 4x4 Ektrem Tawau, Saudara Jeffry Onn Hamzah menjemput kelab 4x4 Tanah Merah Team untuk datang melawat Tawau pada masa-masa akan datang.

Town

 Pengkalan Hulu Perak Darul Ridzduan.

Selepas bermalam di Tanah Merah Kelantan, Konvoi bergerak memasuki sempadan negeri Perak Darul Rizduan dengan memasuki pekan Gerik dan terus ke Pengkalan Hulu. Sepintas lalu mengenai Pengkalan Hulu ini merupakan kawasan hulu negeri Perak yang bersempadan dengan Daerah Betong, Thailand. Pekan ini akan menjadi persinggahan terakhir sebelum konvoi memasuki sempadan Thailand. Di pekan ini, konvoi tidak akan bermalam tetapi konvoi Kelab 4x4 Ektrem Tawau ini akan menghadiri sebuah program khas yang dihoskan oleh pemimpin tempatan yang diketuai oleh ADUN N1 Pengkalan Hulu Perak Darul Rizduan, YB Tuan Hj Aznel Hj. Ibrahim.

PHO

Kelab amat beruntung kerana program konvoi ini mendapat sokongan daripada Pejabat UMNO Kawasan Pengkalan Hulu, Perak Darul Ridzuan. Segala aktiviti dan mesyuarat serta lain-lain kemudahan telah menggunakan pejabat ini dan sesungguhnya pihak pejabat UMNO ini amat menyokong program sosial kemasyarakatan yang membawa kebaikan kepada rakyat.

PK

ak

Siapa sangka konvoi PANTAS di bawah Kelab 4x4 Ekstrem Tawau ini telah berjaya membawa program kebajikan masyarakat hingga keluar bumi Sabah. Buktinya, dengan pengajuran program PANTAS ini, kelab telah berjaya menganjurkan program bakti sosial melalui agensi kerajaan di bawah Bank Negara iaitu AKPK untuk mengajak masyarakat setempat bagaimana mengurus kewangan dengan betul dan membuat pinjaman di agensi perbankan yang diiktiraf kerajaan.  Dengan program ini, ianya memberikan manfaat besar kepada masyarakat di Pengkalan Hulu tentang pengurusan kewangan dan seperti kata-kata Puan Norintan, Pegawai Khas kepada YB Pengkalan Hulu dalam ucapannya "..... amat berbesar hati dan terima kasih kepada Kelab 4x4 Ektrem Tawau di atas penganjuran bakti masyarakat ini yang banyak membantu masyarakat Pengkalan Hulu tentang pengurusan kewangan dan pengendalian hutang yang betul ...."

Kasm

Penulis bersama Puan Norintan dan ketua pegawai kastam Pengkalan Hulu - Betong untuk semua urusan dokumen yang diperlukan semasa memasuki sempadan. Kelab amat terhutang budi dengan pihak Pejabat UMNO Pengkalan Hulu terutama Puan Norintan yang diamanahkan oleh YB Hj Aznel untuk membantu kelab melicinkan proses ini. 

Polis

Ketua Konvoi PANTAS - Jelajah Malaysia Thailand 2016, DSP Tuan Jafri Bin Othman membuat kunjungan hormat kepada Ketua Balai Polis Air Panas, Pengkalan Hulu sambil menyerahkan dokumen yang diperlukan oleh pihak PDRM sebagai syarat merentasi sempadan memandangkan konvoi ini adalah konvoi rasmi dari Malaysia.

ramei

rameis

Beginilah sambutan yang diberikan oleh masyarakat di Pengkalan Hulu kepada konvoi PANTAS ini. Sememangnya sokongan yang diberikan sangat luar biasa dan peserta konvoi amat terharu dengan sokongan yang diberikan. Selain jamuan makanan, peserta konvoi juga disajikan dengan dengan persembahan tarian tradisi yang mengasyikkan.

Doa

Bersama berdoa agar program ini mendapat kerahmatan dari Allah SWT dan bersama berdoa agar program selamat mencapai objektifnya selain semua ahlinya dilindungi oleh Allah SWT sepanjang program ini berlangsung. Program ini ternyata memberikan impak besar kepada semua yang terlibat dan silaturahim berjaya dibentuk.

Pre

 Presiden Kelab 4x4 Ekstrem Tawau Sabah, Saudara Jeffrey Onn Hamzah sedang memberikan ucapan alu-aluan kepada para hadirin yang hadir dan ucapan terima kasih kepada pihak penganjur yang sedaya hormat mengadakan program untuk meraikan konvoi pada hari tersebut.

Az

 Ucapan alu-aluan dari YB Hj Aznel Hj Ibrahim, ADUN N1 Pengkalan Hulu yang juga merupakan Timbalan Ketua Ketua Bahagian UMNO Gerik, Perak Darul Ridzuan.

Sedikit komen mengenai YB ini. Penulis tidak mengenalinya secara peribadi dan hanya bertemu dengannya beberapa bualan sebelum program ini berlangsung. Namun walaupun hanya beberapa ketika berjumpa, ternyata YB Hj Aznel berupakan seorang yang sangat humble dan amat berterus-terang serta bersedia untuk berkhidmat dengan masyarakat. Ketika penulis mula-mula sampai ke Pengkalan Hulu, saya diperkenalkan oleh seorang rakan yang berbangsa cina yang juga berasal dari Pengkalan Hulu untuk berjumpa dengan saudaranya di sana untuk melihat jika ada apa-apa bantuan yang boleh diberikan sepanjang program itu nanti. Yang menariknya ketika bertemu saya terus diajak ke Pejabat UMNO Pengkalan Hulu untuk berjumpa dengan YB Hj Aznel. Mulanya kami agak keberatan sebab kami tidak ada temujanji namun di sinilah kami diberitahu oleh kawan saya Mr. Foo bahawa YB Hj Aznel adalah seorang yang sangat berpengaruh di Pengkalan Hulu dan memiliki hubungan yang sangat baik dengan semua lapisan masyarakat di sana samada melayu, cina, india dan orang asli. Kami diberitahu tentang keprihatinan beliau terhadap masyarakat dan bagaimana beliau mampu untuk berinteraksi dengan baik sehingga semua bangsa menganggapnya sebagai pemimpin dan tempat untuk dirujuk terhadap segala permasalahan.

Dan ternyata pada hari itu juga, walaupun tiada temu janji, kami dapat berjumpa dengan YB Hj Aznel dan alhamdullillah seperti yang diperkatakan oleh masyarakat, beliau memang seorang pemimpin yang sangat kuat membantu. Melihat kepada kepimpinan beliau, kami teringat kepada ketokohan penasihat kelab yang juga Menteri Belia Dan Sukan Sabah, YB Datuk Hj Tawfiq DSP Hj Abu Bakar Titingan yang juga memiliki kepimpinan yang hampir sama. Dengan hanya beberapa minit kami bersemuka, YB Hj Aznel telah mengatur bermacam agenda untuk program itu nanti agar semua pihak mendapat manfaatnya. Dan pada masa program konvoi berlangsung, YB Hj Aznel masih sempat meluangkan masa untuk turun membuat pelepasan konvoi ke Thailand walaupun pada masa itu Perhimpunan Agung UMNO sedang berlangsung di ibu negara. Kepada warga Pengkalan Hulu, anda bertuah memiliki tokoh ini.

Syabas dan terima kasih yang tak terhingga YB Hj Aznel Hj Ibrahim.

cene

Sesi bertukar cenderamata. Hari ini adalah detik paling bersejarah bagi kedua-dua pihak yang berjaya menjalankan program ini dan ianya akan bakal ditayangkan di Dokumentari Pantas : Pacuan Tanpa Sempadan 2016 yang dijadualkan pada Disember 2017.

group

Seperti biasa lazimnya akan ada sesi bergambar secara berkumpulan dan peluang ini tidak di sia-siakan untuk merakamkan detik yang bakal menjadi lipatan sejarah untuk semua yang terlibat dalam program ini. Semoga akan ada lanjutan dari program ini di kemudian hari.

kun

kon

kin

Sebelum membuat pelepasan, YB Hj Aznel merakam jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan melalui sesi temuramah ini YB Hj Aznel memaklumkan bahawa masyarakat di Pengakalan Hulu sentiasa mengalu-alukan kehadiran tetamu dan budaya ini mencerminkan masyarakat yang kasih sayang yang telah lama wujud di Pengakalan Hulu.

 

q1

q2

q4

Selesai majlis di Pengkalan Hulu Perak dan konvoi dilepaskan oleh YB Hj Aznel Hj Ibrahim untuk melepasi Sempadan Thailand. Hujan renyai-renyai ketika melewati sempadan ini memberikan petanda bahawa perjalanan seterusnya akan baik dan sempurna.

Img

img2

Dengan pengurusan yang baik dan perancangan yang teratur, konvoi telah mendapat keistimewaan dengan mendapat laluan khas ketika mendaftarkan dokumen. Namun, walaupun semua nya telah diatur dengan baik, peraturan pendaftaran harus dipatuhi dan sememangnya menjadi amalan kelab dalam setiap aktiviti nya untuk menghormati segala peraturan dan proses yang telah ditetapkan.

king2

Disebabkan sikap ramah kedua pihak, pegawai kastam Thailand sempat lagi memberikan penerangan terhadap siaran TV yang berkaitan apa yang berlaku di negara itu. Ketika ini, TV utama Thailand sedang membuat siaran langsung pertabalan raja baru setelah kemangkatan Raja Thailand Bhumibol Adulyadej pada 13hb Oktober 2016. 

tower

Malam indah di Betong, Thailand. Selepas selesai semua pendaftaran di pejabat imigresen sempadan, kami memasuki Bandar Betong dalam suasana yang sejuk dan dingin. Walaupun dalam keadaan yang penat namun keghairahan memasuki sempadan Thailand menjadi episod sejarah baru bagi kelab 4x4 Eksterm Tawau, Sabah.

din

Walaupun dalam keadaan yang amat keletihan, konvoi terpaksa melayani hasrat tuan rumah dari Majlis Daerah Betong, Thailand yang menyediakan majlis makan malam untuk menyambut tetamu dari Malaysia dan yang pertama dari Malaysia Timur. Walaupun diadakan dalam suasana yang sederhana namun kemeriahannya tetap dirasai oleh semua yang terlibat.

love

Kelihatan insan-insan yang sentiasa menyokong perjalanan ini dan menjadi nadi kepada setiap peserta yang terlibat. Sesungguhnya, doa dan restu keluarga amat penting dalam apa juga aktiviti yang dijalankan. Al fatihah buat bonda ku yang sentiasa menyokong program seperti ini.

gift2

gift

Diakhir program pada malam tersebut, cenderamata berbentuk sijil kepada Kelab 4x4 Ekstrem Tawau Sabah yang disampaikan oleh Timbalan Datuk Bandar 1 Betong sebagai pengiktirafan untuk kelab yang telah berjaya masuk dengan rasminya ke Thailand melalui Daerah Betong dalam Wilayah Yala.

hot

Malam itu konvoi bermalam satu malam di Modern Thai Hotel, Betong Thailand. Harganya sekitar RM 120.00 - RM 150.00 mengikut pertukaran wang pada masa itu (RM 1 - 8 Bath). Tempat selesa dan aman. Bilik penulis adalah seperti gambar di atas.

pagi

Sudah menjadi kelaziman, sebelum memulakan program yang telah dirancangkan, Bahagian Protokol akan memainkan peranan untuk memberikan penerangan mengenai aturan program agar semua ahli akan mendapat maklumat yang tepat dan terkini. Sememangnya tugas bahagian protokol ini adalah tugas yang mencabar dan memerlukan personaliti yang agressif dan up to date.

vh4

Disebabkan kehadiran konvoi di Betong, Thailand pada hari tersebut, semua masyarakat ingin mengambil kesempatan untuk mengambil gambar dan meraikan konvoi. Mungkin sudah menjadi lumrah masyarakat di Betong yang mesra tetamu. Kelihatan seorang penguasa polis mengambil kesempatan untuk merakamkan potret untuk kenangannya. Maklumlah bukan senang ada konvoi dari Malaysia Timur yang datang merentasi sempadan macam kali ini.

sarawak

Pose yang hebat dari Saudara Karim juga dari Bahagian Protokol. Beliau berasal dari Sarawak yang sekali lagi membuktikan bahawa Kelab ini mempunyai kepelbagaian keahlian dari serata negara.

polThai

Memang segak dan bergaya para peserta konvoi bersama pegawai beruniform dari Thailand. Unit Polis beruniform ini akan mengiringi perjalanan konvoi sehingga konvoi menyeberang sempadan kembali ke Malaysia mengikut Sempadan Padang Besar, Perlis. Kelihatan dalam gambar ahli kelab (kiri) Saudara Sabtorani, Tuan ASP Ridhwan, Saudara Sofyan Saung dan Saudara Nasrun Mustapha.

mayor2

Hebat bergaya Bandar Betong Thailand Mr. Somyod Lertlamyong bergambar bersama sebahagian peserta konvoi. Konvoi bernasib baik memiliki Mr. Liar Kar Heng (kanan) dan Mr. Eric Chin sebagai jurubahasa dalam komunikasi ini. 

ExplainThai

Tengok tu .... betapa hebatnya peserta konvoi ini. Tidak sia-sia untuk Mr. Chong Yin Cheong dan bapanya Mr. Wong Chun Leong serta keluarga belajar bahasa Siam 3 bulan sebelum konvoi ternyata ianya suatu yang sangat berbaloi sehingga membuatkan penguasa polis Thailand boleh terpegun dengan bahasa siam mereka. Sememangnya, keluarga ini merupakan keluarga yang paling supporting dan penyokong kelab yang hebat.

logo

Tidak akan mempersia-siakan peluang. Begutulah aksi gelagat Saudara Yurdi Herman @ Andiz dan Saudara Amin di salah satu tugu dan papan tanda yang kami semua pun tak tahu apa maksudnya. Yang penting .... We are in Betong, Thailand ...

interview

Temuramah bersama Datuk Bandar Betong Thailand Mr. Somyod Lertlamyong sambil diberikan bantuan jurubahasa oleh peserta konvoi di mana beliau merakamkan sepenuh penghargaan terhadap sokongan yang diberikan melalui program-program seperti ini.

DOInt

 "..... bukan kali pertama kami menerima rombongan dari luar, namun rombongan kelab dari Malaysia Timur pada kali ini adalah sangat istimewa dan merupakan sejarah gemilang bagi kami dan kami merasakan ini perhormatan yang amat besar bagi Wilayah Selatan Betong Thailand. Bagi pihak Penguasa Thailand, kami mengucapkan terima kasih atas pemilihan Betong sebagai pintu masuk lawatan ini dan kami berharap program Jelajah Malaysia - Thailand 2016 akan dapat mengeratkan hubungan 2 negara jiran selain mempromosikan Betong sebagai Destinasi Pelancongan di Thailand. Terima kasih Kelab 4x4 Ekspedisi Ektrem Tawau, Sabah, Malaysia. Anda tetamu istimewa kami ....... "

Antara kata kata dalan temuramah dokumentari Mr. Damrong Deesakul, Ketua Penguasa Wilayah Betung - Yala bersama Mr. Somyod Lertlamyong Datuk Bandar Betong Thailand. - Dipetik dalam posting facebook penulis pada 3hb Disember 2016

(Terjemahan oleh Cik. Aainee - Ketua Bahagian Pelancongan Majlis Perbandaran Betong, Thailand)

lepas2Lepas

Kedua-dua tetamu kehormat dari Wilayah Penguasa Selatan Thailand, Mr. Damrong Deesakul, Ketua Penguasa Wilayah Betung - Yala bersama Mr. Somyod Lertlamyong Datuk Bandar Betong Thailand diberikan penghormatan untuk melepaskan konvoi secara rasminya meneruskan perjalanan menuju ke Wilayah lain di Selatan Thailand. 

dN

Kami pun tak pasti apakah yang cuba ditujukkan oleh Saudara Deen ni, peserta konvoi paling happening sepanjang program. Mungkin Saudara Deen sedang memberikan arahan mengenai untuk meluruskan kenderaan konvoi.  

adam

Satu lagi keluarga yang sporting yang menyertai konvoi kali ini, Saudara Adam Badrun dan keluarganya. Ketika ini meraka sedang menikmati hidangan menu asli dari Thailand yang sangat jarang boleh didapati di Sabah apatah lagi di Tawau, Sabah.

yamcha

Mencari makanan pada variasi yang berbeza. Mungkin inilah yang cuba dirasai oleh 2 sahabat baik dalam kelab, Mr. Liar Kar Heng dan Mr. Eric Chin. Apa agaknya rasanya makanan tersebut, hanya mereka berdua yang tahu.

yala

Mengambil kesempatan mengambil gambar di Yala, Wilayah Selatan Thailand. Kegembiraan jelas terbayang bagi kedua-dua pihak dengan lawatan yang bersejarah ini memberikan kenangan yang tidak mungkin dapat dilupakan. Gambar diambil bersama kakitangan Stop Centre Yala, Thailand.

krablam

Krabi kami datang. Tiba lewat di Krabi namun kedinginan menyambut konvoi dengan suasana yang tenang dan damai. Walaupun kepenatan namun segala impian pada fasa yang pertama telah tercapai. Sememangnya Pantas kali ini lebih kepada penerokaan awal sebelum perjalanan yang lebih jauh pada Pantas yang selanjutnya.

Gajpekrabsi

Ku sangka dingin sekadar malam, rupanya renyai sampai ke pagi. Begitulah perumpamaan moden yang dapat diperkatakan untuk menggambarkan situasi ini. Seawal pagi konvoi walaupun masih kepenatan namun tetap mampu menyegarkan badan untuk menghirup udara pagi di bandar pelancongan Krabi ini.

Bnedera

Sebelum konvoi bergerak, mari kita kibarkan dulu Jalur Gemilang di Tanah Krabi ni untuk menunjukkan konvoi dari Tawau Sabah ini telah berjaya mengibarkan bendera keagungan negara ni dari tanah borneo merentasi Laut China Selatan hingga masuk tanah besar. 

krabpantai

Bila kita sebut Kerabi .... ini lah gambarannya. Tapi ini lah kuasa pemasaran. Pada aku macam sama jak macam Pantai Batu Payung, Tawau tapi bezanya Krabi ialah Destinasi Pelancongan Dunia manakala Pantai Batu Payung Tawau .... tetap indah dihatiku.

Herro

Krabi adalah destinasi penamat di Thailand. Sememangnya Pantas kali ini adalah penerokaan awal untuk misi menawan ASEAN pada Pantas yang selanjutnya pada tahun-tahun yang akan datang. Selesai 2 malam di Krabi, konvoi bergerak dalam perjalanan balik ke Malaysia dan akan melalui pekan Hatyai. Menariknya dalam perjalanan dengan hujan tanpa henti, maka kepakaran konvoi dalam pengendalian pacuan 4 roda beraksi dalam jalan berair diguna-pakai. Penulis share beberapa aksi gambar hebat aksi konvoi dalam segmen ini.

i1i2i4i5i6i8i3i9

Mungkin meredah jalan berair ini bukan satu cabaran besar buat konvoi Pantas ini kerana dalam segmen yang lain, konvoi lebih banyak melalui cabaran-cabaran yang lebih hebat namun semangat berpasukan dapat dipamer dengan baik yang menyebabkan semuanya berjalan dengan lancar.

bot1Bot2

Beginilah pemandangan kawasan jeti di sekitar kawasan Pulau Koyo, Songkhla sebelum bandar Hatyai yang juga sebuah pusat pelancongan yang terkenal bukan sahaja di Thailand tapi juga di negara serantau. Konvoi tidak melepaskan peluang untuk menikmati keindahan senja di bandar persisiran pantai ini.

mlm1mlm3mlm4mlm2mlm7

Beginilah senario nya ketika konvoi melalui kawasan jeti. Walaupun melewati kepadatan dengan kenderaan dan orang ramai tetapi disebabkan budaya yang mesra dan persekitaran Asia telah memudahkan semua perjalanan dan urusan tanpa sebarang masalah. 

gaj

Negara Thailand ini sememangnya sinonim dengan simbol Gajah. Sebab itu negara Thailand dipanggil negara Gajah Putih. Apa sejarahnya penulis kurang arif. Kena buka balik buku sejarah lama-lama. Tapi yang pasti ianya berkain dengan pemerintah dulu-dulu yang menjadikan Gajah ini kenderaan utama mereka.

pemandangan

 Akibat kepenatan ... Pengarah Dokumentari, Saudara Husri Husin berehat dan tertidur dulu sambil berlatar-belakangkan bandar Hatyai. Bukan senang boleh tidur macam ni di tempat orang, lesen besar sahaja yang boleh tapi biasanya orang produksi ni tahu apa yang perlu dilakukan.

parti

Aikkk ..... sempat lagi kau buat Part Time Deen ... Mana punya lori kau rembat, kami pun tak tahu tapi yang pasti kalau di Thailand mau juga harganya 100 Bath satu jam part time bawa lori. Tapi awas, harus tengok apa yang nak dibawa, kalau kambing tak apa ... takut bawa kala jengking. 

sigbn

Apa lah yang best sangat dengan nak ke Ranong tu Saudara Ajakaria Lasiho? Jauh tu tu sampai 430 KM? Tapi tak apa lah ... mungkin itu kawasan impian yang diinginkan oleh peserta hebat ini. Apa pun, perjalanan masih jauh dan kalau nak ke mana-mana sekalipun, boleh tanya Tuan Ketua Konvoi.

Sign

Tanpa menyentuh banyak dalam perjalanan balik ke Malaysia, kita permudahkan perjalanan daripada Hatyai tadi terus masuk ke sempadan dan kali ini ianya melalui Padang Besar, Perlis Indera Kayangan. Bila dah sampai kat Padang Besar ni, takkan nak terus balik kan, kita singgah lah dulu kat Arked Niaga Padang Besar yang sememangnya popular di kalangan masyarakat tempatan.

Inv

Aik .. kata pacuan 4 roda, macam mana ada satu kereta Inova kat sini? Sebenarnya ini kereta pengiring sepanjang perjalanan balik ke Kuala Lumpur. Pengiring yang khas dibawa dari Kuala Lumpur. Ketika ini konvoi sedang berada di stesen minyak untuk mengisi minyak masing-masing. Maklumlah kat Thailand minyak mahal brader ....

PdgBsr

Kami di sini ... Itulah yang diperkatakan oleh Saudara Nordin dan Saudara Karim ketika konvoi sedang berehat sekejab di Arked Niaga Padang Besar Perlis. Di sini tak perlu kita cerita panjang mengenai apa yang perlu diketahui memandangkan arked ini sememangnya terkenal sebagai medan beli belah barangan siam di Malaysia.

Stylo

Sesekali tu kita boleh tengok gelagat pasukan produksi yang sangat bekerja keras dalam mendapatkan footage yang terbaik untuk penghasilan dokumentari. Yang dibelakang tu ialah pencatat pergerakan konvoi dan footage record yang perlu disusun kemudian.

mana

Bahagian protokol membuat petunjuk dan arahan. Destinasi selepas ini ialah Universiti Utara Malaysia (UUM). Mengikut perancangan, konvoi akan bermalam di UUM dengan kerjasama Persatuan 4x4 UUM Sintok. Katanya akan ada perkhemahan bersama konvoi malam ni.

akp

Saudara Helmi dan Tuan Muzaffar sempat bergambar dengan Pegawai AKPK dan Pegawai UUM sebelum program bermula program taklimat bersama kakitangan UUM. 

uumak

Kejayaan kelab membawa AKPK ke luar bandar melalui program - program sosial begini semenangnya memberikan manfaat kepada semua masyarakat yang prihatin terhadapa pengurusan kewangan yang betul.

uum

 Seperti lazimnya bergambar kenangan bersama kakitangan UUM dan Kelab 4x4 UUM di depan pintu masuk ke UUM, Sintok Kedah D.A

cende

Ketua Konvoi, DSP Tuan Jafri Othman sedang menyampaikan cenderamata kepada wakil kakitang UUM dan sebagai ucapan terima kasih atas sambuatan yang diberikan oleh UUM kepada Kelab 4x4 Ekspedisi Eksterm Tawau, Sabah.

masukuum

 Kenderaan masuk ke dalam UUM untuk sesi lawatan dan mengelilingi UUM sebelum perkhemahan bermula.

konon

Ini lah yang dikatakan khidmat sosial. Saudara Ajakaria sedang memberikan taklimat dan penerangan mengenai pengurusan kewangan yyang berhemah dengan berpandukan kepada garis panduan yang diberikan oleh AKPK.

sem1semp2

 Rupanya dalam UUM ni ada trek untuk Go Kart yang juga digunakan untuk tujuan komersil. Apa lagi ..... lupa sekejap lah 4x4 .. kita bertarung dalam trek dah dulu ..

hutan1

Saudara Karim sedang menunjukkan kemahirannya untuk menguruskan kenderaan mengikut formasi yang diperlukan oleh pasukan produksi. Bukan semua orang boleh buat ni ... perlukan kepakaran dari Bumi Kenyalang ..

Hutan2Hutan3Hutan4

Beginilah gelagat konvoi pada waktu malam. Walau masih diulit kepenatan namun wajah riang untuk perkhemahan tetap kelihatan di wajah. Dari aktiviti ini baru kami perasan ketua konvoi seorang song performer yang hebat.

try

Pada sebelah paginya, kelab 4x4 UUM sempat membawa konvoi untuk mencuba extreme track dalam hutan UUM. Trek ini sudah biasa digunakan untuk percubaan 4x4 dan konvoi berpeluang untuk merasai kelainan yang pernah dirasai di Sabah.

nyamuk

Sebelum memulakan perjalanan ke Alor Setar, konvoi membuat persediaan dulu seperti lazimnya. Kelihatan 2 hero sedang menunjukkan aksi dengan pose yang ala ala model National Adventure.

ben

Beginilah semangat anak Sabah yang hebat mempromosi Sabah negeri Di Bawah Bayu di bumi asing. Sesungguhnya kelab ini telah berjaya membawa bukan nama kelab di persada antarabangsa malah nema Sabah dengan gemilang.

AS

Selesai di UUM, konvoi mengerakkan jenteranya untuk menuju ke Bandaraya Alor Setar. Masih kekal dengan disiplin yang tinggi untuk menyusun pasukan agar terus kemas dan teratur.

Ros2Ros

Dalam perjalanan sebuah kenderaan buat hal. Sebenarnya kenderaan ni bukan rosak ataupun bermasalah namun atas keperluan penggambaran maka kena lah berlakon sikit jadi nampaklah footage tu cantik sikit untuk screening. Biasalah .. ini lah namanya shooting. The best part, semua orang dalam gambar ni ingat kenderaan ini betul-betul bermasalah. Hebat lakonan Saudara Sofyan Saung. Terima kasih kerana bekerjasama dengan pasukan produksi.

AS2

 Ini consider group OTAI dalam konvoi yang ambil kesempatan bergambar dengan berlatar-belakangkan Masjid Zahir Alor Setar DA.

AS3

 "... hang buat apa dok ambik gambaq kala hangat ni ...."  Group photo di depan Masjid Zahir Alor Setar, Kedah DA tepat pukul 12.00 tgh.

Gaya

 Tempoh gaya moden tapi rentak masih klasik. Mungkin itu lah yang boleh penulis sampaikan melihat kepada gaya 3 hero remaja ini.

AKPKAS

Sebelum meninggalkan Bandaraya Alor Setar, konvoi sempat singgah sekejab di Pejabat AKPK Alor Setar untuk mengambil gambar sebagai kenangan. Sememangnya kerjasama dengan AKPK dalam program bakti masyarakat ini benar-benar memberikan manfaat kepada masyarakat.

Jati

 Singgah sekejab di Kilang Beras Jati untuk mendengar taklimat mengenai proses beras diproses dan mengenai perniagaan yang berteraskan beras.

penangs

 Konvoi berehat sebentar di sekitar Padang Kota Pulau Pinang. Di sini peserta mengambil angin sementara menikmati pasembor istimewa dari bandar Pulau Mutiara ini,

ferisghgh2

Kenderaan sedang menunggu giliran untuk menaiki feri menuju ke Tanah Besar. Ini lah antara pengalaman berharga yang jarang dapat dirasai oleh peserta konvoi yang rata-rata dari Sabah ini.

FerWait

Dalam apa juga keadaan, suasana riang dan berpasukan sentiasa bersama dengan peserta konvoi untuk membentuk keriangan dan jatidiri yang kukuh bagi sesama pasukan.

Der2Fer3

 Gelagat istimewa konvoi semasa di dalam feri menuju ke tanah besar. 

TaiP

 Dalam perjalanan balik singgah sekejab di Taiping. Gambar kenangan dirakam di hadapan tasik taiping yang punya sejarah nya yang tersendiri.

KL

Pada 9hb Disember 2016, pukul 6.50 pg, konvoi telah menamatkan perjalanan Pantas musim pertama di bangunan ikon bersejarah, Bangunan Sultan Abdul Samad Dataran Merdeka Kuala Lumpur.

Akhir kalam dariku, tahniah kepada semua peserta Pantas Musim Pertama dan semoga ianya akan terus meneruskan perjalanan pada misi yang berikutnya dan terus melebarkan misi perpaduan serantau melalui pengebaraan pacuan 4 roda yang bermula dari bumi bertuah Tawau, Sabah.

 

Kenderaan & Aset Pantas Musim Pertama

Aset1Aset3Aset2Aset5Aset6Aset7Aset4Aset9Aset10Aset11Aset12Aset13Aset14Aset8

 

Wassalam

Penerbit PANTAS Musim Pertama - 2016

Expersys Technologies Sdn Bhd

Read 718 times Last modified on Monday, 20 November 2017 11:02
Copyright © 2015 by ONH. All Rights Reserved. For contacting, please email to onn@norshal.com